Bahan-bahan:
500 g daging kambing
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan secawan air
2 susu besar lada hitam tumbuk
3 sudu besar minyak masak
Garam n gula secukup rasa
Bahan-bahan dihiris:
5 ulas bawang merah1 biji lada benggala hijau
2 ulas bwg putih
3 cm halia
1 labu bwg besar
Cara menyediakan:
- Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng.
- Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
- Panaskan minyak, goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.
- Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan.