skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Laman utama

resepi online

http://picasion.com

Nasi Paprik Ayam

|

Bahan-bahan:

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis


Cara menyediakan:
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

0 ulasan

Apam Tepung Beras

|

Bahan-Bahan:

1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan aje)
2 cawan tepung beras (cap teratai)
1 sudu kecik yis kering (brand mauripan) jgn guna brand lain esp cap Kijang, nnti kuih apam ni padat walaupun mekar tersenyum.
1 paket kecik eno (biru)
Sedikit pewarna
 
Cara menyediakan:
blend air, gula dan nasi hingga hancur sebati.
kemudian masukan yis dan tepung beras, blend lagi hingga sebati.
kemudian masukkan bahan yang dah siap blend tu ke dalam bekas yg bertutup rapat (biar besar sikit nanti adunan akn naik) biarkan selama 3-4 jam (letak diluar je, tak perlu masuk dalm peti sejuk) (saya selalu wat 3 jam atau 4jam je)
selepas dah perap tu, kacau adunan perlahan-lahan. bila dah sebati rata tu (sebab mase kite bukak adunan tu akan berbuih) masukkan sepeket eno dan kacau rata lagi. adunan akn naik, mase ni korang dah berangan kuih apam ni pasti akan menjadi.
 selepas tu masukkan sedikit pewarna faveret korang. klu nk lbih dari 1 warna bahagikan adunan tu selepas letak eno. baru bahagi kan dan letak pewarna.
smentra tu panaskan kukus dan sapukan minyak sedikit di sekeliling acuan comel2 tu. dan biarkan acuan tu panas dulu baru msuk kan adunan apam ni.
jangan letak penuh2, letak 3/4 jer ke dalam acuan comel-comel tu. penutup kukus tu msti balut gn kain ye supaya air tak menitik ke atas kuih apam ni. tunggu hingga 15 minit.

0 ulasan

Gulai Tulang Talang Masin

|

Bahan-bahan:

- 500gm tulang talang masin
- 2 bungkus rempah kari ikan
- 1/2 biji nenas, dipotong
- 4 cawan santan pekat
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2cm kulit kayu manis
- 6 biji bawang merah, mayang halus
- 4 ulas bawang putih, dimayang halus
- 4 cm halia, dimayang halus
- 4 keping asam keping
- 1 tangkai daun kari
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya


Cara menyediakan:

1. Tulang ikan talang telah direndam lebih kurang 1 jam, untuk kurangkan masin.
1. Bancuh rempah kari bersama sedikit air. Masukkan tulang talang bersama air rempah kari ke dalam periuk. Biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan santan dan nenas. Masukkan asam keping dan perasakan secukupnya. Apabila mendidih, padam api dan asingkan.
3. Seterusnya panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan pula bahan bahan yang dimayang dan ditumis hingga naik bau.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam gulai tulang ikan talang masih panas tadi dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

0 ulasan

Bahulu Gulung Sempoi

|

Bahan-bahan:

20 biji telur
600 gram gula halus
200 gram minyak masak
1 kg tepung gandum
Jem nenas

Cara menyediakan:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
3. Sapu acuan bahulu gulung (acuan yang besar dan lebar) dengan minyak dengan menggunakan daun pandan.
4. Tuang sedikit adunan di dalam acuan. Ratakan sehingga tebalnya 1.5 cm tinggi.
5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Setelah kekuningan, angkat.
6. Kemudian sapukan jem di atasnya dan gulung.
7. Balut bahulu gulung dengan kertas surih/kertas minyak dan simpan.

0 ulasan
Catatan Lama »
Langgan: Catatan (Atom)

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Jom Solat

Dikuasakan oleh Blogger.

Carian:

PALING POPULAR

Blog Archive

  • ▼  2014 (38)
    • ▼  Mac (3)
      • Nasi Paprik Ayam
      • Apam Tepung Beras
      • Gulai Tulang Talang Masin
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (23)
  • ►  2013 (92)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (21)
    • ►  Ogos (47)

widgets

Anda Pelawat Ke..

hits counter

Copyright (c) 2010 resepi online. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.