Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4
Bahan-bahan:
- 1 cawan mentega
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan brown sugar
- 2 biji telur
- 2 sudu esen vanila
- 3 cawan tepung (plain flour)
- 2 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 2 cawan semi sweet chocolate chips
Cara menyediakan:
- Panaskan oven ke suhu 170C.
- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
- Masukkan baking soda, garam dan chocolate chips. Kacau sebati.
- Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
- Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Tips: Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.