skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Laman utama

resepi online

http://picasion.com

Gulai Daging Terengganu

|

Bahan-bahan:

500gm daging lembu
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang 

2 keping asam keping
Minyak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

0 ulasan

Sotong Goreng Tomyam

|

Bahan-bahan:

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
1 biji capsicum
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b tomyam paste
5 tangkai daun ketumbar
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata, perlahankan api.
3. Masukkan daun limau purut, serai, bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan capsicum dan gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yang dipotong.

0 ulasan

Kupang Goreng Sedap

|

Bahan-bahan:

1 kg kupang dibersihkan, direbus dibuang kulitnya
1 labu bawang besar dipotong

3 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 btg cili merah - dikisar
4 btg cili padi - dikisar

1/2 biji carrot
3-4 kacang panjang
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan kupang yang direbus tadi, gaul rata.

3. Masukkan sedikit air asam jawa, gaul rata hingga agak garing.. sekiranya suka agak berkuah boleh tambah sedikit air.
4. Masukkan carrot, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata dan biarkan seketika.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

0 ulasan

Daging Masak Jintan/Ungkep

|

Bahan-bahan:

1 kg daging, dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak

Bahan dikisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara menyediakan:
1. Masukkan daging dalam kuali.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.

0 ulasan

Bubur Ayam

|

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras (lebih kurang 250gm)
1 1/2 inci halia dititik
2 sudu teh serbuk pati ayam
Sedikit garam
1 liter air
   

Bahan-bahan tambahan:
1/4 ekor ayam goreng 
Daun bawang dan daun sup
Sedikit minyak bijan
Ikan bilis digoreng
Kacang digoreng
   
Cara menyediakan:
1. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut macam mana kita nak.

2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
3. Bubur bolehlah dihidang dengan ayam goreng (siat kecil), bawang goreng, ikan bilis, kacang goreng dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan.

0 ulasan

Spaghetti Bolognese

|

Bahan-bahan:

1 paket spaghetti
400 gm daging cincang halus
1 tin cendawan butang potong 2
1 biji carrot potong dadu
2 biji putik jagung potong kecil
2 biji tomato potong dadu
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar potong dadu
1 ulas bawang putih cincang halus
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.

0 ulasan

Ikan Bawal Masak Kicap

|


Bahan-Bahan:


4 ekor ikan bawal sederhana besar
1/2 cawan kicap pekat ABC
3 sudu besar sos tiram

1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam untuk goreng ikan

Minyak masak untuk menggoreng ikan dan menumis1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Daun sup/1 biji bawang untuk hiasan

Bahan-bahan dikisar:
1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili padi
   
Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit, gorengkan hingga separuh masak.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
3. Masukkan air, kicap, sos tiram dan gaul lagi.
4. Biarkan sehingga mendidih dan bila mendidih masukkan ikan 

5. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. 
6. Taburkan dengan daun sup dan bawang yang dihiris.

0 ulasan

Masak Lemak Udang Cili Api

|

Bahan-bahan:
20 ekor Udang
15 tangkai cili api di kisar 
Serbuk kunyit 
1 batang serai dititik
2 biji kentang potong 4
1 kotak santan kecil (200 ml)
1 helai daun kunyit 
Asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Kisar cili api bersama-sama dengan serbuk kunyit. 
2. Lepas tu masukkan cili api dan kunyit yang telah dikisar itu bersama-sama serai  dan kentang ke dalam periuk  dan panaskan di atas api yg sederhana sehingga kentang separuh empuk. 
3. Lepas kentang dah separuh empuk, masukkan santan. Perlahankan api, kacau selalu.
4. Last sekali masukkan udang dan juga asam keping. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga udang dan kentang betul-betul masak, masukkan daun kunyit, kacau-kacau dan boleh lah tutup api.

0 ulasan

Cucur Udang

|

Bahan-bahan:

1 Kg tepung gandum
250gm udang sederhana besar
Segengam daun kucai
500gm taugeh
1 biji bawang besar dihiris halus.
1 paket yis kering
1 sudu kecil garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit.
Minyak masak.

Cara menyediakan:
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas.
2. Masukan yis kering kedalam tepung kacau rata.
3. Masukan garam, daun kucai, taugeh, serbuk kunyit ke dalam tepung.
4. Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.
5. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu naik.

6. Panaskan kuali. Nyalakan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu besar. Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.

0 ulasan

Nasi Kerabu

|

Bahan Nasi:


4 cawan beras

Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

Cara Menyediakan:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.

0 ulasan

Bamiah

|

Bahan-Bahan:

500 gm daging kambing/lembu
120 gm minyak sapi
1 tin kecil susu cair 
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 biji kentang di belah 2

Bahan Kisar:
10 biji buah gajus/badam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
Satukan bahan-bahan kisar
300 gm bendi (dibersihkan dan dibelah tapi jgn putus)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu makan sos tomato
sedikit daun ketumbar
2 biji tomato (dibelah dua)
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak sapi  tumislah bahan-bahan kisar  hingga garing.
2. Kemudian, masukkanlah daging yg telah dipotong tadi bersama-sama bawang dadu, garam & . Setelah itu, masukkan 2-3 cawan air. Kacau rata dan biarkan hingga daging 3/4 masak,  masukan kentang.
3. Setelah daging hampir empuk, masukkan susu sejat dan sedikit air lagi lalu biarkan mendidih. Setelah daging empuk, masukkan sos tomato, daun ketumbar, bendir dan tomato. Kacau sebentar sebelum dimatikan api.

0 ulasan

Kepak Ayam Bakar Madu

|

Bahan-bahan:


1/2 kilo kepak ayam
4 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar 

Sedikit halia kisar
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs
Madu ikut citarasa anda
Garam dan gula secukup rasa 

Mentega secukupnya

 
Cara menyediakan: 


1. Gaulkan bahan-bahan di atas secara merata pada ayam.
2. Perapkan ayam tadi selama mana yang anda mahu.
3. Sapukan dulang pembakar dengan mentega, susun kepak ayam yang telah diperap di atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga masak dan garing.

0 ulasan

Paprik Sotong Sedap

|

Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

0 ulasan

Sambal Tempe

|

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

5 keping tempe
Segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
Segenggam kacang tanah goreng
4-5 sudu besar chili giling/chili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
Seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
Garam
Gula melaka

Cara Menyediakan:
1. Potong nipis2 tempe. Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
2. Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga betul2 masak chili tuh.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
4. Kemudian boleh la masukkan tempe, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering.

0 ulasan

Tauhu Sumbat

|

Bahan-bahan

4 keping tahu putih
Taugeh
Timun
Carrot
Minyak

Sos Cili:
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/k tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara Memasak
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga amsak [golden crown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili:
1. Mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.

0 ulasan

Daging Masak Kerutuk

|

Bahan-bahan:

1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 sudu makan kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
3 sudu makan rempah kerutub
2 sudu makan gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 sudu makan minyak
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara Menyediakan:

1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam, perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.

0 ulasan
« Catatan Terbaru Catatan Lama »
Langgan: Catatan (Atom)

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Jom Solat

Dikuasakan oleh Blogger.

Carian:

PALING POPULAR

Blog Archive

  • ►  2014 (38)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (23)
  • ▼  2013 (92)
    • ▼  November (16)
      • Gulai Daging Terengganu
      • Sotong Goreng Tomyam
      • Kupang Goreng Sedap
      • Daging Masak Jintan/Ungkep
      • Bubur Ayam
      • Spaghetti Bolognese
      • Ikan Bawal Masak Kicap
      • Masak Lemak Udang Cili Api
      • Cucur Udang
      • Nasi Kerabu
      • Bamiah
      • Kepak Ayam Bakar Madu
      • Paprik Sotong Sedap
      • Sambal Tempe
      • Tauhu Sumbat
      • Daging Masak Kerutuk
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (21)
    • ►  Ogos (47)

widgets

Anda Pelawat Ke..

hits counter

Copyright (c) 2010 resepi online. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.