skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Laman utama

resepi online

http://picasion.com

Bergedil Daging Sedap

|

Bahan-bahan:

300 gm kentang
80 gm daging kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/4 sudu kecil jintan putih
1/4 sudu kecil jintan manis
Setangkai daun saderi (hiris)
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan minyak

Bahan pencelup:
2 biji telur (pukul)

Cara menyediakan:
1) Kentang direbus hingga masak. Biarkan sejuk dan kupas kulitnya. Lenyek hingga halus.
2) Campurkan pula kentang, daging, bahan-bahan rempah, daun saderi dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.
3) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.
4) Bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

0 ulasan

Ayam Gajus

|

Bahan-bahan:

500 gm isi ayam (potong dadu)
100 gm kacang gajus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gm halia muda(rancik halus)
100 gm cili kering(potong 5)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos seosoning
3 sudu kicap manis
1/2 lada hitam kasar
Tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan

Cara menyediakan:
1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
5. Masukkan isi ayam, sos tiram, sos cili, lada hitam, kicap manis, sos seosoning dan sedikit air.
6. Biarkan kering dan tutup api.
7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata dan hidangkan.

0 ulasan

Mee Kuah

|

Bahan-bahan:


Kuah Mee:

1 kg tulang dan daging lembu
300g udang basah
1 ketul ubi keledek
4 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar, dikisar
1 inci halia, di ketuk
1 cawan serbuk kuah kacang (kuah pecal)

Lain-lain bahan:
2 bungkus mee kuning
1 ikat sawi
2 cawan taugeh
Tahu, digoreng dan potong nipis
Kueh cucur udang, potong kecil-kecil
Telur rebus, dibelah dua
Cili hijau jeruk
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan limau nipis

Cara menyediakan:
1) Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam. Masukkan cili kisar, bawang dan halia dan rebus lagi.
2) Basuh udang dan rebus (tak perlu buang kepala, kulit dan ekornya). Setelah udang masak toskan airnya dan campurkan kedalam air rebusan tulang tadi. Ketepikan udang.
3) Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk. Masukkan kuah kacang. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa.
4) Jika anda ingin kuah pekat, tambahkan serbuk kuah kacang dan beberapa keping biskut cream crackers.
5) Panaskan air dalam periok hingga mendidih. Masukkan mee, sawi dan taugeh. Celur sebentar selama dua minit. Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee. Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.

0 ulasan

Mee Hailam

|

Bahan-bahan:

1 kg mee (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk)
Rencah ayam/udang/sotong
Sos tiram
Garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
Sayur (kobis bunga/sawi/carrot/tomato)

Cara menyediakan
1) Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
2) Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
3) Masukkan sayur-sayuran dan mee.

0 ulasan

Kueh Cakoi

|

Bahan-bahan:

1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.

2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.

3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.

4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.

5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul dipermukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

0 ulasan

Asam Pedas Pekat Kepala Ikan Kaloi

|

Bahan-bahan:

1 ekor kepala ikan kaloi
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar asam jawa
2 cawan air
3 batang serai ~ diketuk

1 batang bunga kantan dipotong 2
Sedikit daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah

25 biji cili kering ~ rendam & tos
½ inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas


Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai & bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa, air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan & bunga kantan, daun kesum, dan garam, gula secukupnya.
4. Rasakan kuahnya.. jika dah okey.. bolehlah dihidangkan.

0 ulasan

Nasi Hujan Panas

|

Bahan-Bahan:

1 kg beras basmathi
1 liter air
1 tin susu cair
2 biji limau nipis
20 gm minyak sapi
20 gm buah gajus & kismis
½ sudu teh pewarna hijau, merah&kuning

Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
10sen kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.

Cara menyediakan:

1. Tumiskan bahan A dgn minyak sapi.
2. Apabila naik baunya, masukkan air, susu cair & limau nipis.Letakkan sedikit garam.
3. Setelah mendidih, masukkan beras, buah gajus & kismis.
4. Masak hingga kering & masukkan pewarna.

0 ulasan

Kebab Kambing

|

Bahan-bahan: 

600gm kambing
1 lemon  (juice)
1 sudu makan madu
2 ulas bawang putih, diketuk
2 sudu besar minyak zaitun
700g kentang manis oren, dikupas dan dipotong menjadi kepingan 1sm-tebal
70g daun roket, mengurangkan
1 biji lemon, untuk hiasan


Cara menyediakan:
1. Keluarkan daun dari tangkai rosemary, rizab 2 sudu makan daun. Rendam pencucuk rosemary dalam air sejuk selama 30 minit. Toskan. Potong daun simpanan.
2. Potong kambing ke dalam 2cm kiub. Thread ke pencucuk rosemary. Letakkan dalam piring seramik. Pukul jangat, madu, bawang putih, rosemary terpelihara, 1 sudu besar minyak dan 1 sudu besar jus lemon di dalam jag. Curahkanlah di atas kebabs. Tutup dan sejukkan selama 30 minit.
3. Letakkan kentang manis ke atas pinggan selamat gelombang mikro. Meliputi. Gelombang mikro pada TINGGI (100%) selama 6 hingga 8 minit atau sehingga lembut yang adil. Toskan. Hujan renyai-renyai dengan baki minyak. Musim dengan garam dan lada.
4. Panaskan plat barbeku di atas haba tinggi. Kurangkan hingga sederhana. Sapu. Masak kentang manis selama 2 minit setiap bahagian atau sehingga keemasan. Pindahan ke pinggan. Tutup dengan kertas timah. Tambah kebabs barbeku dan masak selama 2 minit sehingga masak citarasa anda.

0 ulasan
« Catatan Terbaru Catatan Lama »
Langgan: Catatan (Atom)

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Jom Solat

Dikuasakan oleh Blogger.

Carian:

PALING POPULAR

Blog Archive

  • ►  2014 (38)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (23)
  • ▼  2013 (92)
    • ►  November (16)
    • ▼  Oktober (8)
      • Bergedil Daging Sedap
      • Ayam Gajus
      • Mee Kuah
      • Mee Hailam
      • Kueh Cakoi
      • Asam Pedas Pekat Kepala Ikan Kaloi
      • Nasi Hujan Panas
      • Kebab Kambing
    • ►  September (21)
    • ►  Ogos (47)

widgets

Anda Pelawat Ke..

hits counter

Copyright (c) 2010 resepi online. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.